12 July 2010

Yahudi Perlu Keluar Dari Palestin..



Benar! Mereka perlu keluar dari Bumi Palestine kerana di sana bukan tempat mereka. Kenapa mereka tidak tinggal sahaja di tanah-tanah yang ramai non -muslim seperti mereka seperti di Amerika Syarikat sendiri- negara yang telah ditunggang untuk kepentingan satu kelompok manusia yang penakut. Itulah antara yang saya sebutkan kepada suami awal pagi ini. Kami sentiasa berbincang isu semasa. Apatah lagi isu yang berkait dengan maslahah dunia Islam dan umat Islam.

Hampir ketiadaan bahasa untuk memberi gambaran ‘keterukan’ bangsa Yahudi berfahaman zionis ini. Ada di kalangan Yahudi sendiri yang mahu menerima Islam… kenapa mereka masih lagi angkuh dan ber’perasaan’ bahawa mereka adalah bangsa pilihan Allah.

Satu contoh mudah akhlak Yahudi yang pernah saya tonton di Channel Israel semasa di Jordan dulu ialah;

Dalam satu majlis, mereka menyampaikan hadiah sesama mereka. Orang yang menerima hadiah terus mengoyak pembungkus hadiah sebaik sahaja hadiah berada di tangan. Saya tidak pernah melihat etika gelojoh sedemikian rupa dalam majlis mana-mana bangsa dan budaya. Apatah lagi rancangan itu dirakam untuk siaran media.

Semasa beratur di lapangan terbang Istanbul untuk pulang ke Jordan, kami bertembung dengan sekumpulan Yahudi yang juga sedang beratur untuk menaiki pesawat berasingan. Kalau tidak silap saya, mereka mahu ke Palestine. Saya mengecam mereka adalah Yahudi berdasarkan rantai berlambangkan Israel yang dipakai. Seorang wanita Yahudi sedang menghisap rokok memandang sinis ke arah saya dan kawan-kawan. Kami mudah dikenali sebagai muslimah berdasarkan pakaian kami.

Kami tidak mempedulikan sikap demikian kerana sudah mengenali perwatakan Yahudi yang sudah banyak diceritakan al-Quran. Mereka juga adalah bangsa yang dilaknat sejak zaman Nabi Daud a.s.

Allah berkata dalam surah al-Maidah ayat 78,

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُواْ يَعْتَدُونَ

Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.

Dua musuh utama bagi Yahudi ialah orang Islam dan bangsa Arab. Kita harus menyedari perkara ini sebelum mereka bertindak lebih ganas terhadap kita. Meskipun UMNO kelihatan seperti berbaik-baik dengan Yahudi melalui banyak proksi Israel, janganlah percaya bahawa suatu hari nanti mereka akan membalas jalinan persahabatan dengan perlindungan dari kekejaman mereka. Selagi kalian bukan berbangsa Yahudi, maka semuanya dianggap sebagai musuh. Jika mereka menghulur tangan persahabatan, ia adalah petanda bahawa orang yang menyambutnya bakal menjadi kuda tunggangan bagi membolehkan mereka menjajah dunia dengan cara mereka.

Sejarah pengkhianatan Yahudi terakam dalam sejarah sejak ribuan tahun. Jika nabi-nabi pun mereka sanggup bunuh, apatah lagi manusia biasa seperti kita. Berapa puluh dan ratus juta RM pun yang diberikan, selagi nama kita berbau Islam seperti Najib, Hisyamudin, Khairy, Mahathir, Rosmah, Muhyiddin dan lain-lain, apatah lagi rupa paras kita sedikit pun tiada kacukan Yahudi, usah diharap pada bunga-bunga bantuan nasihat ekonomi dan politik yang ditawarkan. Mereka akan meletakkan racun dan menghunus senjata di sebalik semua pertolongan tersebut.

Sikap Yahudi sangat keras terhadap Islam dan orang-orang beriman. Allah telah memberitahu dalam surah al-Maidah, ayat 82,

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُواْ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ الَّذِينَ قَالُوَاْ إِنَّا نَصَارَى ذَلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.

Saya merasa pelik bila membaca berita bahawa ada anggota rombongan ke Gaza tidak menyangka bahawa Israel akan bertindak sedemikian rupa. Inilah bahaya bila tidak mengenal musuh sedangkan Allah sudah menerangkan perwatakan Yahudi sejak lebih 1400 tahun yang lalu. ‘Kena tinggal kapal terbang nampaknya…’

Apa lagi kata Allah mengenai sikap Yahudi? Ayat 64 dari surah yang sama menceritakan,

وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللّهِ مَغْلُولَةٌ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُواْ بِمَا قَالُواْ بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيْفَ يَشَاء وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِّنْهُم مَّا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ طُغْيَانًا وَكُفْرًا وَأَلْقَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاء إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ كُلَّمَا أَوْقَدُواْ نَارًا لِّلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا اللّهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الأَرْضِ فَسَادًا وَاللّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

Dan orang-orang Yahudi itu berkata, “Tangan Allah terbelenggu (bakhil – kikir)”, tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). Ia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Ia kehendaki; dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.

Melalui ayat di atas, adalah jelas bahawa ‘bapak pengganas dunia’ adalah Yahudi yang suka mencetuskan api peperangan. Jika perkataan Allah pun mereka sanggup putar belitkan, apatah lagi fakta yang berlaku sesama manusia. Itulah yang sering mereka lakukan melalui CNN dan media yang lain.
Saya bimbang kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan dibom Israel. Apabila mereka hanya menembak sahaja, tindakan tersebut sudah jauh lebih ringan dari kemungkinan yang ada. Syukur kepada Allah yang membantu semua mereka. Allah telah membantu mereka yang masih hidup untuk kembali menceritakan pengalaman mereka kepada masyarakat dan Allah juga menunaikan sebahagian cita-cita hambaNya yang mahu Syahid! Allahuakbar!

Setiap takdir Allah adalah baik bagi mukmin. Imma hidup waimma Syahid!

Sesiapa yang tidak beriman kepada nasihat-nasihat al-Quran akan diperbodohkan oleh Yahudi. Sesiapa yang membelakangi nasihat-nasihat Nabi Muhammad s.a.w akan diperkudakan oleh musuh. Hidupnya juga terhina di dunia dan akhirat. Sesiapa yang tidak mengambil berat akan ajaran Quran dan Sunnah serta tidak mengamalkannya, akan rugi dunia dan akhirat.

Ummu Abbas

7 Julai 2010/ 24 Jumadal Akhir 1431H

Penduduk Israel perlu keluar dari Palestin

2010/06/07

WASHINGTON: Penduduk Israel perlu keluar dari Palestin dan kembali ‘ke kampung halaman’ mereka di Jerman dan Poland, kata Helen Thomas, anggota kanan White House Press Corps, sebuah pertubuhan dianggotai wakil akhbar utama yang memberi tumpuan kepada liputan berita di Rumah Putih.

Dalam rakaman yang disiarkan Youtube, Helen berkata Israel ‘perlu berambus dari Palestin’ dan menambah tanah menjadi rebutan itu hak milik rakyat Palestin, bukan Jerman atau Poland.

Ketika ditanya ke mana orang Yahudi mesti pergi, wakil kanan liputan berita Rumah Putih itu berkata: “Balik ke kampung halaman, ke Poland, Jerman, Amerika atau ke mana saja”.

Dalam taklimat bersama jurucakap Rumah Putih Robert Gibbs, Helen mengkritik reaksi Amerika terhadap serbuan Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza: “Reaksi awal AS kepada pembunuhan di kapal Mavi Marmara sesuatu yang amat dikesali”. – Agensi

http://keranacinta.wordpress.com/2010/06/08/yahudi-perlu-keluar-dari-palestine/

0 kesannya:

Post a Comment

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung