10 May 2010

10 Peringatan Bumi..

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara;

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.



Sumber: Blog

1 kesannya:

  1. salam ziarah dan salam perjuangan buat barisan penerus legasi dakwah. Teruskan perjuangan dalam menegakkan syiar Islam dalam diri kalian dan atas muka bumi Allah ini.

    InsyaAllah dengan keberkatan bumi waqafan kita tidak akan ketandusan generasi2 pendakwah muda yang akan menjadi tunjang perjuangan Islam di masa hadapan.

    Dan berkata benarlah dalam menyatakan yang hak dan dalam mengalahkan kebatilan. Dan jangan biarkan diri kalian jatuh dengan segala tohmahan dan caci nista dari sesiapa yang tidak memahami perjuangan ini, kerana sesungguhnya perhiasan dalam menegakkan agama Allah ini salah satunye adalah kebencian dan caci nista dari golongan2 yang tidak memahami. Atur langkah kalian dengan hikmah dan rendah diri, hormati lah kawan dan lawan, kerana itu merupakan cermin diri kalian.

    Selusurilah sirah nabi, dalamnya mengandungi himpunan hikmah dan panduan yang boleh membantu dan menjadi guideline kpd kita semua dlam menempuh kehidupan atas muka bumi Allah ini.

    akhir kalam, ambillah dan nikmatilah nikmat dunia pemberian Allah ini untuk kalian mengejar kebaikan di Akhirat, jadikan dunia ini dalam genggaman tangan kalian bukannya di hati kalian.

    SALAM ZIARAH,
    SALAM PERJUANGAN.

    ReplyDelete

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung