24 April 2010

SAMBUTAN MAULIDURRASUL



Tanggal 22 Mac, Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) Kolej Islam Sultan Alam Shah telah mengadakan ceramah sambutan Maulidur Rasul. Ceramah ini dianjurkan oleh Biro Ceramah BADAR KISAS yang diketuai oleh Akh Muhammad Talhah b. Jamaluddin dan timbalannya, Ukht Nor Syahirah bte. Nordin.






Ceramah ini dijalankan di Dewan Al-Muttaqin wal Muthaqqafin KISAS. Ceramah ini bermula pada jam 11.30 hingga 12.30 tengahari. Ceramah telah disampaikan oleh bekas pelajar KISAS, Ustaz Zahazan bin Mohamed. Sebelum ceramah bermula, semua pelajar telah berarak mengelilingi kawasan sekolah sambil berselawat bagi memperingati kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.




Diharapkan ceramah dan perarakan tersebut menambahkan lagi kecintaan para pelajar kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Dan pihak BADAR memohon kemaafan kerana terlewat mengadakan sambutan ini kerana masalah yang tertentu termasuk kesibukan penceramah sebagai salah seorang editor majalah SOLUSI dan kekangan masa.

0 kesannya:

Post a Comment

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung