24 April 2010

LAPORAN SUKAN SEMASA KISAS

Tanggal 23-26 Mac 2010, pasukan KISAS telah menghantar 1 pasukan bola sepak ke peringkat daerah Klang.
Alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus menjalani latihan selama 2 minggu sebelum perlawanan dan melalui beberapa perlawanan persahabatan antaranya :

1. STAR vs KISAS = 0-5
2. SMT Klang vs KISAS = 3-5
3. SMK Kg Jawa vs KISAS = 3-2,

seterusnya KISAS ditempatkan dalam kumpulan A bersama :

1.SMA Nurul Iman vs KISAS = 1-0
2.SMK Teluk Gadung vs KISAS = 0-2
3.SMK Seri Andalas vs KISAS = 0-0,

KISAS berjaya mendapat naib johan kumpulan A dan meneruskan di peringkat kalah mati :

1. Pusingan ke-2 :
SMK Shah Bandaraya vs KISAS = 0-1
2. Suku Akhir :
SMK Batu Unjur vs KISAS = 0-1
3. Separuh Akhir :
STAJ vs KISAS = 1-1
(KISAS tewas penalti 2-4)

Separuh Akhir ke-2 menyaksikan pertembungan antara SMTIS dengan SMK Teknik Klang yang berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada SMK Teknik Klang dengan jaringan 2-1.

Berikut keputusan rasmi perlawanan bola sepak peringkat Daerah Klang 2010 :

1.SMK Teknik Klang
2.STAJ
3.KISAS

Pasukan bola sepak KISAS mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir KISAS dan guru-guru KISAS yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada mereka.

Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) KISAS mengucapkan tahniah kepada atlet-atlet KISAS yang berusaha mengharumkan nama KISAS di peringkat antarabangsa dan meninggikan nama Islam itu sendiri.

" Majulah Sukan Untuk Islam "

0 kesannya:

Post a Comment

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung