1 April 2010

Akademi BADAR KISAS 2010 (AKEB)

Pada tanggal 12 Mac hingga 14 Mac, barisan soff kepimpinan Badan Dakwah dan Rohani Kolej Islam Sultan Alam Shah telah menyertai kem Akademi BADAR KISAS yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah.Kem ini telah diadakan di sekitar kawasan sekolah dan telah dikelolakan oleh bekas-bekas pelajar KISAS.Antara fasilitator yang terlibat adalah Ustaz Ashaari bin Abdul Rahman.lihat blog

Kem ini adalah bertujuan bagi mendedahkan Exco-Exco BADAR KISAS dengan cara pengurusan organisasi yang betul dan meningkatkan daya kepimpinan yang perlu ada sebagai seorang pemimpin dan seorang daie.Selain itu kem itu juga bertujuan bagi meningkatkan jati diri barisan Exco BADAR KISAS.Antara aktiviti yang telah berlangsung adalah seperti War Games,Pendedahan Tokoh-Tokoh Islam dan sebagainya.

Sesungguhnya kem ini telah banyak memberi banyak pendedahan berguna dan kebaikan kepada barisan Exco BADAR.Semoga barisan Exco BADAR akan terus kuat semangat dan cekal hati dalam meneruskan tarbiyah di KISAS dan mengekalkan Biah Solehah yang menjadi tunjang kecemerlangan KISAS selama ini.Diharap juga agar para Exco akan mendapat sepenuhnya kebaikan daripada Akademi ini.INSYALLAH....




0 kesannya:

Post a Comment

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung